Friday, 15 February 2013

Otai Berpengalaman..Satu Ketika Dahulu

PANDANGAN BELIAU YANG (AKU CIPLAK KAT BLOG NI) MASIH RELEVAN HINGGA KINI
""
Untuk jadi penternak breeding stocks selain memahami betul2 karektor physical juga mental baka yg anda pilih.Kemahiran dalam breeding program amat perlu agar pengeluaran anda bukan setakat yg setanding ngan commercial meat breeders jika tak u'll end up having your breeding stocks sold as meat stocks.(pemahaman ini masih kurang di kalangan penternak kita krn kebanyakan masih baru dlm bidang ternakan).

Jika kita nak develop hanya Fullblood, adlah lebih baik berdaftar ngan persatuan Boer yang diiktiraf dan mesti register setiap anak2 dari fullblood tu kpd persatuan.Contoh kalu daftar ngan AUs Boer Association kena register kat sana dan fees kalu tak silap AUD10 setiap anak. Kalu tak daftar, than market hanya akan mengiktiraf anak FB tu sebagai commercial purebred,meaning to say value anak FB tadi akan jatuh kerana hanya ngan registered nak itu boleh dibuktikan sebagai FB(diambil DNA dsbg bila registered)

Kalau tak silap, Jermansia telah diwujudkan hasil kacukan German Fawn ngan Katchang oleh Uni Malaya dgn tujuan up-grade kambing local kite supaya punya tambahan susu yg cukup untuk pembesaran anak dan production susu yg acceptable utk tujuan income sampingan penternak kita.Saiz German Fawn yg besar juga diharap dapat menambah berat badan Katchang ke tahap commercial meat goat.
Tapi jumlah Jermansia sgt kecil, tambahan dgn ratio anak hasil kacukan dua baka ini lebih byk jantan melambatkan perkembangan baka Jermansia.

Dalam menternak ruminan ni kita perlu betul2 faham karektor dan permakanannya kalu nak berjaya.Kalau nak bezakan melepas ragut dgn sistem intensif, dua cara penjagaan yg berbeza.
1) Bila lepas ragut - work load memang relaks sikit, kita tak perlu fikir tentang pemakanan dan keperluan nutrition sbb kambing tu fikir sendiri tapi byk masalh sampingan.Unless kite punya kawasan ragutan yg luas, kalau tak masalh predator,masalah makan tanaman di kebun org, masalh parasit dan sbgnye.Org dulu2 memang le boleh lepas aje, dulu kwsn terbiar utk kambing nak makan byk, org dulu pun bela hanya dgn jumlah yg kecil tapi kalu utk commercial tak cukup hanya dengan tau basic aje, kena ada sikit effort utk tambah ilmu penternakan.
2) sistem intensif: kita hanya perlu ade sikit aje effort, cuma perlu belajar sikit aje tentang permakanan yg seimbang. Kalau dah master kite yg in control. Segala perancangan management dlm tangan kite, imagine kalau dah faham tentang tumbuhan sekitar kite, segala macm rumput dan pokok daun kita dapat gunakan untuk pemakanan trnakan kite. Maka kambing pun sihat duit pun jimat pasal tak perlu guna byk supplement yg kena beli.

Pendek kate sebelum memulakan apa jua jenis baka kambing, fahami lah karektor dia.

Kalau nk cite pasal crossing baka ni sangat panjang. Bila kita crossed kali pertama dua baka ni...mula2 kita dapat 50% aje darah bapak tadi.Meaning kalau ko harapkan anak F1 tadi utk dapat hasilkan susu cam keturunan bapak dia memang tak dapat. Jika ko dah crossed kali ke 3 baru ko akan mula nampak anak F3(85% darah Saanen tu iaitu cucu kepada F1 ko, baru le mula menunjukkan perubahan yg ketara dari segi karektor mahu pun dari segi production yg lebih mengikut baka pejantan.Benda ni Perlu ade kesabaran dan ketekunan.

Perlu diingat kalu ko nak buat crossing utk tujuan breed upgreat cam ni, ko perlu kurang2 2 ekor pejantan breed yg ko nk upgreat. Dlm contoh atas ko perlu 2 ekor bapak Saanen atau lebih baik 3 ekor yg datangnye dari keturunan lain2, baru le quality anak yg ko dapt elok. kalau hanya ada 1 bapak nanti bila dah dapat F1 ko tkkan anak tu nak kawin papak dia....sumbang mahram dalm pembiakbakaan hanya akan mewujudkan hasil yg bantut jugak genetik yg bermasalah....dalam erti kata buang masa dan merugikan. Kalau tak mampu nak beli lebih dari satu jantan...bila anak dari hasil pejantan tadi dah mula boleh kawin jual jantan tu dan beli pejantan Saanen lain utk digunakan....jadi takde le berlaku sumbang mahram...

Rumput Israel ni sebenarnya antara local grass as supplement yg terbaik leh ko bagi pada kambing atau bebiri. Cuma sebab kandungan nitrogen (READ NFE, bukan nitrogen ???) yg tinggi saje adalah sbb ngape ko tak leh gunakan sebagai makanan ruji...dalam erti kata lain kalu ko nak bagi makan 10 kilo rumput...hanya 3 atau 4 kilo max. ko gunakan rumput Israel kalu lebih mungkin cirit atau lebih teruk kambing ko akan kembung. Tapi kalu ko practice cam aku recommend ...memang bagus imagine Crude Protein content dia lebih 20%satu lagi dengan menggunakannya sebagai supplement protein maka penggunaan pellet akan kurang. Point yg baik utk reduce cost. Aku guna Gliricidia sebagai supp. infact aku memang tanam shrub trees ni selang seli ngan rumput kat paddock. Ini bukan saje utk supplement tapi ia jugak leguminous...maksud nya dia jenis pokok yg melepaskan nitrogen dalam tanah melalui akr kekacangnya..so ko jugak save penggunaan Baja.

Ini sekadar pandangan...aku rasa persoalan mencari keuntungan dalam penternakan kambing mula2 sekali kena lihat dari asasnye lagi.Pemahaman tentang kambing mesti lah sepenuhnya..sifat naturalnya, sistem perutnya dan sebagainya.Kemudian bila dah faham barule leh rancangkan pengurusan yg paling sesuai utk kita dengan mengambil kira keupayaan tenaga, jenis kambing jugak aspek kawasan sekitaran kite.

Apa yg aku lihat byk kekawan kite yg terjun dlm bidang ini tanpa pengetahuan yg cukup dgn hanya mencari informasi tanpa fakta di tambah ngan pusat2 kursus yg memberi informasi 'general' tanpa mengambil kira ape yg priority.
Contoh: Kita tahu yg salah satu perkara utama dlm penternakan ialah kesihatan(Commonsense) jadi apa yg aku perhatikan bila menghadiri kursus bila bab kesihatan je tumpuan penuh kekawan kite berikan.berbagai soalan rawatan tapi unfortunately perbincangan tentang pencegahan kurang where as kalu tau punca tak de le masalah sakit tu timbul.

Sebab tu bila aku kate perkara pokok kalu kite punya kesedaran sepenuhnya tentang kambing jugak sifat naturalnya maka kita akan faham le ape pemakanan yg sesuai utk menjamin kesihatannya tidak terganggu. Sekali gus kau kita sedar kambing tu makan binatang yg kena makan lebih rumput dan dedaun maka kita jugak akan sedar yg kita perlu ngambik tau perihal agronomi yg mana ini secara automatik dapat ngurangkan kos pemakanan(antara kos paling tinggi dlm pengurusan penternakan) Bayangkan aje kos sekilo pellet ngan kos sekilo rumput yg ditanam dlm kwsn sendiri.Jugak ngan memahami jenis rumput kita gak secara langsung akan faham capacity kwsn yg kita ade dan bagaimana nak maximise pengeluaran pemakanan kambing. Cam mane nak take advantage kesesuai tanah ngan rumput yg sesuai..jugak kombinasi rumput dan pokok dedaun atau lebih tepat penggunaan legumes jugak leguminous shrub trees utk supplement protein & minerals yg kurang dlm rumput.Aku dok baca korang membezakan harga kambing di negara jiran tapi do you realize yg hampir kesemua negara yg korang sebut tu bagi makan rumput dan dedaun aje ...tak bagi pellet pun.

Pada aku kalu dah buat congak ni semua tak de le yg pegi bela 500 ekor kat tanah yg cuma leh muat kandang utk sejumlah itu tanpa kwsn rumput.Tu yg nak kena ade sampai 5-6 org labour.Aku pun ade lebih kurang byk tu gak tapi aku cuma ade 2 pembantu.kalu betul2 faham tak de le yg bagi hanya bagi daun sawit campu pellet dan claim kambing dia sihat dgn hanya kajian jangka pendek pas tu jangka panjang kambing nya start ade problem.
Business ni memang berbeza utk tau betul2 costing mesti faham the nature of good husbandry and agronomy.Pas tu baru leh cakap untung ruginya.

 its a combination of science and art. Kena ada knowledge, pas tu combine ngan creativity. Kena hands on. kena jadi farmer..a real farmer.then u can think about business.
""

13 comments:

  1. Salam bro,

    Saya nk tanya, antara ruzi grass, guinea n napier, mana yang bagus? saya ada ketiga2 jenis rumput, napier utk sarapan pagi (lebih kurang 1kg/ekor), guinea n ruzi saya tanam depan kandang utk ragutan petang sblm naik kandang. main meal bebiri saya adalah dibawah ladang sawit dari pkul 3.00ptg hingga 6.30ptg. tumbuhan legume saya tanam rumput stylo, disamping legum liar di ladang sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry bro..saya takde pengalaman dalam rumput begini..tapi rasa semua jenis rumput boleh kecuali satu jenis, saya tak ingat rasa species decumbens..merosakan hati bebiri..

      sya guna napier sebab tak meragut, kuantiti bleh dapat banyak, kualiti bleh tahan jugak ok..

      mana dpt benih ruzi grass?

      Delete
    2. Sy beli kt usahawantani-kelantan.blogspot.com

      Delete
    3. Bracharia Decumbens@Rumput Signal kot..yg bleh buat kmbg jd gila n buta tu agknya..

      Delete
    4. Rumput signal mmpunyai copper yang tinggi. jangan bagi bebiri rumput nie. lembu n kambing xde mslh

      Delete
    5. mardi ada ubah skit rumput signal ni..rumput kluang comel ..bleh bagi bebiri

      Delete
  2. Artikel menarik.. Sy 4 tahun bca blogspot psal kmbing, tp x pham2. Bla dh dpt kmbing sendiri, ada sifu. Bru pham. & semakin paham.Tnggi gk cp rmput israel.ni. Bgs2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lg 1 tuan, bleh x off catcha security ni. Sedikit mengganggu bla nk komen

      Delete
    2. word verification ka? aku dah set NO..ok?

      Delete
    3. otai tu bela kambing kat gua tempurung perak tak silap aku..ko kenal kot?...
      waktu tu topik kambing tengah 'down' sekitar 2008/2009..ramai nak tutup kandang.

      psal rumput Israel ni..aku tak pasti la btul ka tidak..tapi india yg bela kambing dekat rumah aku kata cacing yang ada kat rumput ni susah nak di 'deworm' ...
      cacing halus kot jenis apa tak tau..rumput ni senang tumbuh..tapi diancam kepupusan disebabkan racun rumpai

      Delete
    4. bebiri yang makan banyak rumput israel boleh kene cirit birit. anyway, betul ke rumput israel tinggi protein?protein dia bukan below 10% ke?

      Delete
    5. CP rumput Israel dalam 15.8%, cuma masalah rumput ni ada kandongan nitrogen 40%

      selaput tunggul kandongan nitrogen 54% yang tertinggi pernah aku jumpa. kambing anglo Nubian cukup suka rumput ni..akibatnya cirit birit tahap kronik..boleh mati

      Delete
    6. sorry, 'nitrogen' tu salah..

      sebetulnya NFE nitrogen free extract

      Delete